Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

JOINT FORCE COMMANDER ATTENDS GEMA MARHABAN DALAM CEREMONY IN COMMEMORATION OF THE BIRTH OF PROPHET MUHAMMAD (PBUH) 1447 HIJRAH

TANAH JAMBU, Monday, 01 September 2025 –The Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) hosted the Dikir Maulud as part of Gema Marhaban Dalam programme to commemorate the birth of Prophet Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassallam (PBUH). The ceremony took place at Surau Asy-Syuhada, DA RBAF.

Yang Mulia Colonel Pengiran Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander led a delegation consisting of selected senior officers and officers from Ministry of Defence and RBAF.

The Joint Force Commander and his delegation were warmly welcomed by Lieutenant Colonel Amirul Adly bin Haji Ali, Deputy Commandant DA RBAF. The event commenced with mass Fardhu Maghrib prayers, followed by the recitation of Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, and proceeded the Sirah Nabawiyah titled 'The Migration of Prophet Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassallam (PBUH)' delivered by Ustaz Haji Abdul Nasir Saufi bin Hassan from Religious Directorate RBAF.

The event proceeded to a Dikir Assalamualaika followed by the Fardhu Isya' prayers, Selawat Badriyah and Dikir Diba'ie and concluded with the recitation of Dikir Marhaban and Doa Peliharakan Sultan and Brunei Darussalam.





PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA MENGHADIRI MAJLIS GEMA MARHABAN DALAM SEMPENA MEMPERINGATI KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM (SAW) 1447 HIJRAH

TANAH JAMBU, Isnin, 01 September 2025 – Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) telah menghoskan Acara Dikir Maulud sebagai sebahagian daripada Program Gema Marhaban Dalam sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassallam (SAW). Majlis diadakan di Surau Asy-Syuhada, AP ABDB.

Kolonel Pengiran Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama mengetuai rombongan yang terdiri daripada beberapa pegawai kanan serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Ketibaan Pemerintah AB dan rombongan disambut oleh Leftenan Kolonel Amirul Adly bin Haji Ali, Timbalan Komandan AP ABDB. Acara dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, dan disusuli dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, dan penyampaian Sirah Nabawiyah bertajuk 'Hijrah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam' yang disampaikan oleh Ustaz Haji Abdul Nasir Saufi bin Hassan dari Jabatanarah Agama ABDB.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Dikir Assalamualaika, dan sembahyang Fardhu Isya' berjemaah kemudiannya diteruskan dengan Selawat Badriyah dan Dikir Diba'ie. Acara telah diakhiri dengan bacaan Dikir Marhaban dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.